1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Tramadol HCL 50mg

Tramadol HCL 50mg adalah ubat yang tergolong dalam kumpulan ubat-ubatan yang disebut sebagai analgesik opioid. Ia bertindak dalam sistem saraf pusat (CNS) untuk melegakan kesakitan. Apabila tramadol digunakan untuk jangka masa yang panjang, ia boleh menjadi pembiasaan tabiat (menyebabkan kebergantungan mental atau fizikal). Kebergantungan fizikal atau ketagihan boleh menyebabkan kesan sampingan apabila anda berhenti mengambil ubat. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti sawan, muntah, sakit kepala dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami penyakit hati, masalah buah pinggang, sejarah epilepsi dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Tramadol HCL 50mg. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Tramadol HCL 50mg  mempunyai tindak balas terhadap MAOI, SSRI dan warfarin.