1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Silver sulfadiazine cream (SSD)

Silver sulfadiazine cream (SSD) adalah ubat yang digunakan dengan rawatan lain untuk membantu mencegah dan merawat jangkitan luka pada pesakit dengan luka terbakar yang serius. Ia tergolong dalam kumpulan ubat yang dikenali sebagai antibiotik sulfa. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti kegatalan, kemerahan, ruam pada kulit dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami penyakit hati, masalah buah pinggang, ‘G6PD deficiency’ dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap Silver sulfadiazine cream (SSD). Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Silver sulfadiazine cream (SSD) tidak mempunyai sebarang tindak balas terhadap ubat lain atau makanan.