1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Cloderm 0.05% ointment 15G

Ubat salap Cloderm adalah ubat sapu salap yang bertujuan untuk merawat penyakit kulit. Ia mengandungi Clobetasol iaitu sejenis ubat steroid. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti kulit kering, kulit gatal, sakit pada kulit dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami jangkitan virus, bakteria atau kulat pada kulit, ‘acne vulgaris’ dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Cloderm. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Cloderm mempunyai tindak balas terhadap ubat antikulat, corticorelin dan hyaluronidase.