1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Clarinase repetab 10s

Clarinase Repetab 10s mengandungi loratadine dan pseudoephedrine sulfate. Ia biasanya digunakan untuk melegakan gejala yang dikaitkan dengan resdung dan selesema biasa termasuk kesesakan hidung, bersin, hidung berair, gatal-gatal dan ‘lacrimation’. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti jerawat, pening, sakit perut dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami glaucoma, penyakit jantung, saluran kencing tersumbat dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Clarinase Repetab 10s. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Clarinase Repetab 10s mempunyai tindak balas terhadap antacid, B-blocker dan methyldopa.