1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Krim ketoconazole

Krim Ketoconazole adalah ubat sapu krim yang digunakan untuk merawat jangkitan kulat pada kulit, termasuklah erythrasma, tinea capitis (kepala), tinea corporis (badan), tinea pedis (kaki), tinea cruris (pangkal paha), tinea versicolor, Candidiasis vagina dan seborrhoeic dermatitis.Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti folliculitis, ‘contact dermatitis’, ruam pada kulit dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami alahan terhadap Krim Ketoconazole. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Krim Ketoconazole tidak mempunyai sebarang tindak balas terhadap ubat lain atau makanan.