Synflex mengandungi naproxen, yang termasuk dalam sekumpulan ubat yang dipanggil ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs) yang digunakan untuk melegakan sakit dan keradangan dalam pelbagai keadaan muskuloskeletal termasuk pelbagai bentuk arthritis. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti ruam pada badan, loya, perut kembung dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami rhinitis, kegagalan jantung yang teruk, penyakit asma dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Synflex. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Synflex mempunyai tindak balas terhadap metoprolol, aluminium hydroxide dan methotrexate.