1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Glucophage XR 500mg

Glucophage XR 500mg adalah ubat yang digunakan untuk mengawal gula dalam darah yang tinggi bersama dengan ubatan yang lain termasuklah diet yang seimbang dan program senaman yang lain. Ia digunakan untuk pesakit bagi diabetes mellitus jenis 2. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, sering batuk, sakit perut dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami masalah atau gangguan buah pinggang yang teruk, ‘metabolic acidosis’, ‘diabetic ketoacidosis’ dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Glucophage XR 500mg . Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Glucophage XR 500mg mempunyai tindak balas terhadap alcohol, Acetazolamide, Furosemide dan Nifedipine.