1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Voltaren 50mg

Voltaren 50mg adalah ubat yang digunakan untuk melegakan kesakitan, bengkak (keradangan), dan kekakuan sendi yang disebabkan oleh arthritis. Mengurangkan gejala ini dapat membantu anda melakukan lebih banyak aktiviti harian. Ubat ini dikenali sebagai ubat anti-radang nonsteroid (NSAID). Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, muntah, sakit perut dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami penyakit hati, penyakit jantung, masalah buah pinggang dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Voltaren 50mg. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Voltaren 50mg  mempunyai tindak balas terhadap methotrexate, warfarin dan ubat NSAID yang lain.