1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Telfast 180mg

Telfast 180mg mengandungi ramuan yang aktif yang dikenali sebagai “fexofenadine”. Ia adalah salah satu kumpulan ubat bagi antihistamin. Ia digunakan untuk melegakan gejala demam hay (rhinitis alergi bermusim) dan melegakan gejala urticaria yang dikenali sebagai ‘hives’ atau ruam gatal. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, demam, sakit perut dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami masalah buah pinggang, penyakit hati, warga tua dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Telfast 180mg. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Telfast 180mg mempunyai tindak balas terhadap ketoconazole dan erythromycin.