1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Syrup Bisolvon 4mg/5ml

Syrup Bisolvon adalah ubat batuk dan selsema yang digunakan untuk merawat batuk yang mempunyai kahak. Ia mengandungi Bromhexine Hydrochloride yang digunakan untuk meningkatkan penyingkiran lendir dengan mengurangkan kelikatan lendir dan dengan mengaktifkan sel “ciliated epithelium”. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, muntah, sakit kepala dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami penyakit buah pinggang, penyakit hati, ulser perut dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Syrup Bisolvon. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Syrup Bisolvon mempunyai tindak balas terhadap alkohol dan ubat antibiotik.