1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Euthyrox 50mcg

Euthyrox 50mcg digunakan untuk mengubati tiroid yang tidak aktif (hypothyroidism). Ia menggantikan atau menyediakan lebih banyak hormon tiroid, yang biasanya dihasilkan oleh kelenjar tiroid. Tahap hormon tiroid yang rendah boleh berlaku secara semula jadi atau apabila kelenjar tiroid dicederakan oleh radiasi / ubat-ubatan atau dikeluarkan melalui pembedahan. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti demam, muntah, cirit-birit dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami serangan jantung secara tiba-tiba, ‘thyrotoxicosis’ yang tidak dirawat, ‘myocarditis’ dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Euthyrox 50mcg. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Euthyrox 50mcg mempunyai tindak balas terhadap ubat kencing manis, salicylates dan propylthiouracil.