1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Erythromycin ES tablet

Erythromycin ES tablet adalah ubat antibiotik erthromycin ethylsuccinate yang bertujuan untuk merawat jangkitan bakteria.Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, muntah, hilang selera makan dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami penyakit hati, penyakit buah pinggang, masalah arrhythmia jantung dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Erythromycin ES tablet. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Erythromycin ES tablet mempunyai tindak balas terhadap carbamazepine, phenytoin dan lovastatin.