1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Krim Elomet

Krim Elomet adalah mometasone topikal iaitu sejenis kortikosteroid  yang digunakan untuk melegakan gejala keradangan dan pruritik dermatosis yang bertindak balas terhadap kortikosteroid. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti kegatalan, rasa kebas di tangan atau kaki, rasa seperti kulit terbakar dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami Cushing syndrome, tahap glukosa dalam darah meningkat dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat krim Elomet. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Krim Elomet tidak mempunyai sebarang tindak balas terhadap ubat lain atau makanan.