1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Celebrex 200mg (Pr)

Celebrex 200mg (Pr) adalah ubat anti radang bukan steroid (NSAID) yang dapat melegakan kesakitan dan bengkak (keradangan). Ia digunakan untuk merawat arthritis, sakit akut, dan sakit berkaitan senggugut ketika haid. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, muntah, pening dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami penyakit jantung, penyakit hati, penyakit asma dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Celebrex 200mg (Pr). Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Celebrex 200mg (Pr) mempunyai tindak balas terhadap furosemide, ‘ACEI inhibitor’ dan cyclosporine.