1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Arcoxia 90mg (Pr)

ARCOXIA 90MG (Pr) adalah ubat tahan sakit dan pengendur otot yang digunakan untuk senggugut, sakit perut, kejang perut, sakit otot, sakit sendi. Ia mengandungi Etoricoxib yang mempunyai kesan anti-radang, analgesik dan antipiretik. Ia mengurangkan kesakitan dan bengkak. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, perut kembung, cirit-birit dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami penyakit jantung, penyakit asma, tekanan darah tinggi yang tidak terkawal dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat ARCOXIA 90MG (Pr). Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. ARCOXIA 90MG (Pr) mempunyai tindak balas terhadap ubat darah tinggi, warfarin dan lithium.