1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Norfloxin 400mg

Norfloxin 400mg adalah ubat antibiotik norfloxacin kelas quinolones yang bertujuan untuk merawat jangkitan bakteria. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, muntah, sakit perut dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami myasthenia gravis, masalah arrhythmia jantung, sejarah tendinitis dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Norfloxin 400mg. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Norfloxin 400mg mempunyai tindak balas terhadap amiodarone, erythromycin dan ubat cair darah.