1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Lipanthyl Penta 145mg

Lipanthyl Penta 145mg adalah ubatyang digunakan untuk menurunkan trigliserida dalam badan dengan gabungan diet dan senaman. Ia mengandungi Fenofibrate yang digunakan untuk merawat masalah hiperlipidemia. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, perut kembung, cirit birit dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami penyakit buah pinggang, penyakit hati, penyakit hempedu dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Lipanthyl Penta 145mg. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Lipanthyl Penta 145mg mempunyai tindak balas terhadap lovastatin, ubat cair darah dan cyclosporin.