1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Exforge 10mg/160mg

Exforge 10mg/160mg adalah ubat yang digunakan untuk merawat hipertensi, untuk merendahkan tekanan darah. Mengurangkan tekanan darah dapat mengurangkan risiko untuk mendapat komplikasi yang berbahaya seperti strok dan serangan jantung. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti edema, penat badan, sakit kepala dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami penyakit hati, penyakit jantung, masalah buah pinggang dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Exforge 10mg/160mg. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Exforge 10mg/160mg mempunyai tindak balas terhadap simvastatin dan ‘K-sparing diuretics’.