1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Krim Candid B

Krim Candid B adalah ubat sapu krim yang digunakan untuk merawat jangkitan kulat pada kulit, termasuklah erythrasma, tinea capitis (kepala), tinea corporis (badan), tinea pedis (kaki), tinea cruris (pangkal paha), tinea versicolor dan Candidiasis vagina.Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti folliculitis, kerengsaan kulit, ruam pada kulit dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami jangkitan Herpes Simplex, demam campak, sifilis dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap Krim Candid B. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Krim Candid B mempunyai tindak balas terhadap nystatin dan flucytosine.