1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Bisolvon

Bisolvon adalah ubat batuk dan selsema yang digunakan untuk merawat batuk yang mempunyai kahak. Ia mengandungi Bisolvon Hydrochloride yang digunakan untuk meningkatkan penyingkiran lendir dengan mengurangkan kelikatan lendir dan dengan mengaktifkan sel “ciliated epithelium”.Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti ruam, perut kembung, kegatalan dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami penyakit hati, penyakit buah pinggang, ulser perut dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Bisolvon. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Bisolvon mempunyai tindak balas terhadap alcohol dan ubat antibiotic.