1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Bioquinone 30mg

Bioquinone adalah ubat untuk menguatkan fungsi jantung serta memberikan kita tenaga untuk sentiasa lebih cergas. Ia mengandungi Coenzyme Q10 yang akan merupakan sumber pemberi tenaga kepada tubuh badan kita. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, muntah, sakit perut dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami penyakit hati, penyakit asma, menyusukan anak dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Bioquinone. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Bioquinone mempunyai tindak balas terhadap ubat cair darah, ubat darah tinggi dan ubat kemoterapi.