1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Augmentin 625mg (Pr)

Augmentin 625mg (Pr) adalah gabungan antibiotik jenis penicillin iaitu Amoxicillin / asid clavulanic yang digunakan untuk merawat pelbagai jenis jangkitan bakteria. Ia berfungsi dengan menghentikan pertumbuhan bakteria. Antibiotik ini merawat jangkitan bakteria sahaja. Ia tidak akan berfungsi untuk jangkitan virus (seperti selsema, flu). Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, muntah, cirit-birit dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami penyakit hati, penyakit buah pinggang, ‘pseudomembranous colitis’ dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Augmentin 625mg (Pr). Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Augmentin 625mg (Pr) mempunyai tindak balas terhadap probenecid, warfarin dan mycophenolic acid.