1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Amlodipine 5mg

Amlodipine adalah ubat yang digunakan untuk merawat penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti mengantuk,pening, sakit kepala dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami ‘cardiogenic shock’, stenosis aorta, jantung lemah selepas serangan jantung dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Amlodipine 5mg. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Amlodipine 5mg mempunyai tindak balas terhadap ritonavir, simvastatin dan ciclosporin.