1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Krim hydrocortisone

Krim Hydrocortisone adalah ubat yang digunakan untuk merawat pelbagai jenis keadaan kulit. Ia mengurangkan bengkak, gatal-gatal dan kemerahan yang boleh berlaku bagi penyakit kulit. Ubat ini mengandungi dos kortikosteroid yang rendah. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti jerawat, kulit menjadi kering, kulit kemerahan dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami gatal-gatal di bahagian luar kemaluan perempuan bersama dengan cecair daripada vagina, jangkitan kulit di bahagian yang ingin disapu dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat krim Hydrocortisone. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Krim Hydrocortisone tidak mempunyai sebarang tindak balas terhadap ubat lain atau makanan.