1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Candid V1 vaginal tab

Candid V1 kebiasaannya digunakan untuk merawat jangkitan kulat di bahagian faraj wanita, iaitu candidiasis vulvovagina. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti kerengsaan kulit, rasa terbakar pada kulit, pendarahan faraj dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami pendarahan faraj yang tidak diketahui puncanya dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Candid V1. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Candid V1 mempunyai tindak balas terhadap kondom latex dan ubat tacrolimus.