1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Zinnat 250mg

Zinnat 250 mg adalah ubat yang dapat membantu merawat jangkitan kuman. Ia mengandungi Cefuroxime yang dapat membasmikan jangkitan kuman dalam tubuh badan. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, muntah, sakit perut dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami penyakit hati, penyakit asma dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Zinnat 250mg. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Zinnat 250mg mempunyai tindak balas terhadap ubat cair darah dan ubat pencegah kehamilan.