1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Thymol gargle

Thymol Gargle adalah ubat kumur mulut untuk membantu membasmikan kuman serta mengekalkan keharuman bau dalam mulut. Ia mengandungi menthol dan beberapa bahan lain yang akan memastikan kesegaran dalam mulut sentiasa terjaga. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, muntah, sakit perut dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami penyakit asma, hipersensitiviti dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Thymol gargle. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Thymol gargle mempunyai tindak balas terhadap alcohol dan kafein.