1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Aldara cream 5% (Pr)

Aldara cream 5% (Pr) adalah ubat krim yang digunakan untuk merawat jenis-jenis ketumbuhan yang tertentu di kulit. Ia tergolong dalam kumpulan ubat yang dipanggil pengubahsuai rangsangan imun. Ia bertindak dengan membantu mengaktifkan sistem imun untuk melawan ketumbuhan kulit yang tidak normal. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti kemerahan pada badan, kulit mengelupas, edema dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami hipersensitiviti, elakkan daripada terkena mata dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Aldara cream 5%. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Aldara cream 5% tidak mempunyai sebarang tindak balas dengan ubat atau makanan lain.