1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Tranexamic acid 250mg

Tranexamic acid 250mg adalah ubat yang digunakan untuk merawat pendarahan yang banyak ketika tempoh haid datang. Ia bertindak dengan memperlahankan proses pemecahan darah beku, yang membantu mengelak daripada pendarahan yang berpanjangan. Ia tergolong dalam kumpulan ubat yang dikenali sebagai ‘antifibrinolytics’. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, muntah, anoreksia dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami thrombosis, ‘consumption coagulopathy’, warga tua dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Tranexamic acid. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Tranexamic acid mempunyai tindak balas terhadap ‘hemocoagulase’ dan ‘hemostatic organ preparation’.