1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Postinor

Postinor adalah ubat Levonorgestrel, iaitu ubat hormon untuk mencegah kehamilan. Postinor kebiasaannya digunakan untuk mencegah kehamilan selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Pil ini mesti diambil dalam 72 jam selepas hubungan seks, dan pil kedua mesti diambil selepas 12 jam. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, muntah, pendarahan faraj dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami barah payudara, ovary atau rahim, pendarahan faraj yang tidak diketahui puncanya, penyakit hati dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Postinor.Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Postinor mempunyai tindak balas terhadap ampicillin, rifampicin dan neomycin.