1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Norvasc 5mg

Norvasc 5mg adalah ubat untuk merawat tekanan darah tinggi yang digunakan sendirinya atau bersama ubat yang lain. Mengurangkan tekanan darah tinggi dapat membantu mengelak daripada strok, serangan jantung, dan masalah buah pinggang. Ia tergolong dalam kumpulan ubat yang dipanggil ‘calcium channel blocker’. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, mudah mengantuk, sakit perut dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami penyakit hati, penyakit jantung, hipersensitiviti dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Norvasc 5mg.Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Norvasc 5mg mempunyai tindak balas terhadap simvastatin, clarithromycin dan ketoconazole.