1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Lomotil

Lomotil adalah ubat yang digunakan untuk merawat cirit-birit. Ia membantu mengurangkan bilangan dan kekerapan bagi pergerakan usus. Ia bertindak dengan memperlahankan pergerakan usus. Ubat ini tidak boleh digunakan untuk merawat cirit-birit yang disebabkan oleh jangkitan tertentu (seperti Clostridium difficile yang menyebabkan cirit-birit selepas terapi antibiotik). Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, muntah, pening dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami ‘acute ulcerative colitis’, usus tersumbat, penyakit hati dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Lomotil. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Lomotil mempunyai tindak balas terhadap co-trimoxazole dan ubat tahan sakit opiate dan narkotik.