1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Plavix 75mg

Plavix 75mg adalah ubat Clopidogrel 75mg yang bertujuan untuk mengurangkan pengaggregatan platelet dalam salur darah. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti hematoma, hidung berdarah, cirit-birit dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami pendarahan dalaman seperti ulser perut atau pendarahan otak dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Plavix 75mg. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Plavix 75mg mempunyai tindak balas terhadap ubat cair darah, ubat antiplatelet yang lain dan NSAIDs.