1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Paras tablet

Paras tablet adalah ubat pengrelaks otot. Ia bertindak dengan menghalang rangsangan saraf (atau rasa sakit) yang dihantar ke bahagian otot. Ubat ini selalunya digunakan dengan rawatan yang lain seperti terapi fizikal selain berehat di rumah untuk merawat keadaan otot skeletal seperti kesakitan atau kecederaan. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, muntah, sakit perut dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami penyakit hati, hipersensitiviti dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Paras tablet. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Paras tablet mempunyai tindak balas terhadap ubat antipsykotik dan ubat antidepresi.