1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Cetirizin Stada

Cetirizin Stada adalah ubat yang mengandungi antihistamin yang digunakan untuk merawat penyakit tertentu. Ia digunakan untuk merawat alergi rhinitis bermusim atau ‘perennial dan turut digunakan untuk merawat idiopathic urticaria yang kronik. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, penat badan, sakit perut dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami penyakit hati, masalah atau gangguan buah pinggang yang teruk, hipersensitiviti dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Cetirizin Stada. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Cetirizin Stada mempunyai tindak balas terhadap alcohol dan ubat sedatif.