1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Isoradin

Isoradin adalah ubat krim (sapu) yang digunakan untuk merawat jangkitan kulat sama ada pada ekzema atau yang mengakibatkan keradangan. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti kulit kering, kulit menjadi kemerahan, kegatalan dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami sifilis, tuberkulosis pada bahagian kulit yang terlibat, jangkitan virus seperti demam campak dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Isoradin. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Isoradin mempunyai tindak balas terhadap vitamin A, phenytoin, carbamazepine dan progesterone.