1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Saferon

Saferon adalah ubat yang digunakan untuk mengatasi masalah kekurangan zat besi dan asid folik ketika mengandung dan menyusukan anak. Ia berfungsi dengan membantu memastikan simpanan zat besi dalam tubuh berada pada tahap yang normal. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, anoreksia, sakit perut dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami ‘phenylketonuria’, hipersensitiviti, semester pertama kehamilan dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Saferon. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Saferon mempunyai tindak balas terhadap alcohol dan kafein.