1 Followers
26 Following
leha593

leha593

MDI Foster

MDI Foster adalah ubat untuk pesakit yang menghidapi asma. Ia mengandungi Beclomethasone dan Formoterol yang dapat membantu melegakan simptom yang timbul berkaitan dengan pesakit asma.Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti sakit kepala, demam, ruam dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami penyakit hati, penyakit asma, hipersensitiviti dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat MDI Foster. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. MDI Foster mempunyai tindak balas terhadap MAOI, diuretics dan B-blocker.