1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Shinacol

Shinacol adalah ubat titis mata yang mengandungi Chloramphenicol dan digunakan untuk merawat jangkitan mata. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti sakit mata, alahan, anemia aplastik dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami masalah fungsi sumsum tulang, sejarah anemia aplastik dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Shinacol. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Shinacol mempunyai tindak balas terhadap chimotrypsin dan ubat yang menyekat sumsum tulang.