1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Remafen

Remafen adalah ubat anti-radang nonsteroidal (NSAID) yang digunakan untuk merawat kesakitan yang ringan dan sederhana, dan membantu melegakan simptom arthritis seperti keradangan, bengkak, kekejangan dan kesakitan sendi. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, muntah, sakit perut dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami kegagalan jantung, ulser perut, penyakit asma dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Remafen. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Remafen mempunyai tindak balas terhadap colestyramine, colestipol dan ubat cair darah.