1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Tussidex Forte

Tussidex Forte digunakan untuk merawat batuk. Ia menjejaskan isyarat di otak yang mencetuskan refleks batuk. Ia tidak akan merawat batuk yang disebabkan oleh merokok, asma, atau ‘emphysema’.Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti kulit mengelupas, perut kembung, demam dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami ‘emphysema’, bronkitis kronik, hipersensitiviti dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Tussidex Forte. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Tussidex Forte mempunyai tindak balas terhadap alcohol, ubat diet dan ‘MAO inhibitor’.