1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Doxymycin 100mg (Pr)

Doxymycin 100mg (Pr) adalah ubat antibiotik Doxycycline yang bertujuan untuk merawat jangkitan bacteria, termasuklah acne vulgaris dan penyakit kelamin. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, muntah, hilang selera dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami penyakit hati, menyusukan anak dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Doxymycin 100mg (Pr). Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Doxymycin 100mg (Pr) mempunyai tindak balas terhadap antacid, ubat cair darah dan penicillin.