1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Berodual N

Berodual N adalah bronkodilator yang digunakan untuk mencegah dan merawat gejala gangguan saluran pernafasan yang tersumbat yang kronik dengan aliran udara yang terhad seperti asma dan bronkitis kronik dengan atau tanpa emfisema. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti menggigil, pening, rasa berdebar dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami glaucoma, penyakit jantung, kencing manis yang tidak terkawal dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Berodual N. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Berodual N mempunyai tindak balas terhadap B-blocker dan Digoxin.