1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Davmorid

Davmorid adalah ubat untuk merawat kekurangan vena (venous insufficiency) dalam bahagian kaki dan buasir sama ada akut atau kronik. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, muntah, sakit perut dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami penyakit buah pinggang, hiperkalemia, hipersensitiviti dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Davmorid. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Davmorid mempunyai tindak balas terhadap ubat antibiotik seperti metronidazole.