1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Casprin

Casprin adalah ubat salicylate iaitu aspirin yang digunakan untuk mengurangkan risiko mengalami serangan sakit jantung dan strok. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, muntah, ulser perut dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami masalah perut seperti ulser atau pendarahan, penyakit buah pinggang, penyakit hati dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Casprin. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Casprin mempunyai tindak balas terhadap ubat kencing manis, ubat cair darah dan steroid.