1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Camazol

Camazol ialah ubat antithyroid yang digunakan untuk merawat kelenjar tiroid yang terlalu aktif yang juga dikenali sebagai thyrotoxicosis. Apabila kelenjar tiroid menghasilkan terlalu banyak hormon tiroid, ia boleh menyebabkan banyak fungsi tubuh menjadi cepat, dan ini membawa kepada gejala seperti kehilangan berat badan, berpeluh, rasa cepat marah, dan cirit-birit.  Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, sakit sendi, demam dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami masalah yang berkaitan dengan sel darah yang tidak normal, penyakit hati, ‘intrathoracic goitre’ dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Camazol. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Camazol mempunyai tindak balas terhadap ubat cair darah dan alcohol.