1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Anucare

Anucare adalah ubat anorektal yang digunakan untuk merawat buasir. Ia mengandungi Zinc Oxide, Balsam peru dan Benzyl Benzoate yang digunakan untuk rawatan buasir. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, perut kembung, kegatalan dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami penyakit hati, mengandung, menyusukan anak, hipersensitiviti dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Anucare. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Anucare mempunyai tindak balas terhadap alcohol.