1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Mucosolvan

Mucosolvan adalah ubat preskripsi yang digunakan untuk merawat banyak keadaan pernafasan yang melibatkan pengeluaran lendir. Mucosolvan berada dalam sekumpulan ubat yang dipanggil ‘expectorant’ yang membantu badan menghilangkan kahak berlebihan dengan menjadikannya lebih nipis dan lebih cair. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, kegatalan, sakit perut dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami masalah kulit yang teruk, penyakit hati, penyakit berkaitan buah pinggang dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Mucosolvan. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Mucosolvan mempunyai tindak balas terhadap alcohol dan antibiotik.