1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Bilaxten

Bilastine, yang dijual di bawah nama jenama Bilaxten, adalah ubat antihistamin generasi kedua yang digunakan dalam rawatan alahan  ‘rhinoconjunctivitis’ dan urticaria (gatal-gatal). Selain itu, Bilaxten telah membantu untuk meningkatkan kualiti hidup, dan semua gejala hidung dan mata yang berkaitan dengan alergi rhinitis atau resdung. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, perut kembung, kegatalan dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami masalah buah pinggang, warga tua yang melebihi 65 tahun dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Bilaxten. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Bilaxten mempunyai tindak balas terhadap alcohol, makanan tertentu dan jus anggur.