1 Followers
26 Following
leha593

leha593

Myonal

Myonal adalah ubat antispasmodik yang bertindak dengan mengrelakskan kedua-dua otot rangka dan otot bahagian vaskular dan menyumbang kepada pelbagai jenis kesan seperti pengurangan myotonia, memperbaiki peredaran darah, dan menghalang refleks kesakitan. Tetapi, ia juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti loya, muntah, sakit perut dan lain-lain lagi. Anda perlulah berjumpa dengan doktor jika kesan sampingan yang dihadapi menjadi semakin teruk. Ubat ini perlulah digunakan secara berhati-hati bagi pesakit yang mengalami ulser perut, pernah mengalami pembedahan seperti “coronary artery bypass grafting (CABG) dan sesiapa yang mempunyai alahan terhadap ubat Myonal. Tindak balas berbeza mengikut individu. Anda digalakkan untuk bertanya dengan doktor anda tentang kemungkinan terjadinya tindak balas antara ubat sebelum mengambilnya. Myonal mempunyai tindak balas terhadap adefovir, methotrexate dan ramipril.